“Terima Shuk semula?” Sera Akhirnya buat pengakuan Perubahan Suaminya

Isteri pelawak, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjelaskan keputusan untuk mereka kembali bersama atau tidak masih dalam perbincangan. Mengakui perubahan Shuk yang lebih baik, Sera atau nama sebenarnya, Rossalenah Natassyaih Asshaferah berkata, dia juga ada mengirim doa kepada suaminya yang berada di Makkah mengerjakan umrah ketika ini. “Nak cakap soal terima Shuk semula tu.

“Saya tak boleh nak beri komen apa-apa sebab masih dalam perbincangan antara keluarga. “Banyak pihak terbabit dalam proses perbincangan. Setakat ini tak ada komen untuk saya terima dia balik atau sebaliknya. “Sudah tentu saya ada minta doa yang baik-baik, bukan saja dari segi rumah tangga kami, tapi daripada Shuk sendiri mesti dia pun nak yang baik-baik dalam hidupnya. “Saya pun gembira dengan keadaan sekarang.”

Shuk dengan anak-anak semakin baik. Shuk pun dah nampak lebih baik dari sebelum ini yang umum tahu,” katanya. Walaupun status rumah tangga masih menjadi tanda tanya, namun hubungan Sera dan Shuk dilihat semakin baik selepas Sera berkongsi video di Insta Story. Menerusi video itu, Sera merakamkan detik Shuk bersama anak-anak semasa menghantarnya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah, baru-baru ini.

Terdahulu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, pada awal Julai lalu. Sebelum ini, Sera pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu. Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2. Sumber Hmetro.

Leave a Reply

Your email address will not be published.