Perubahan terkini, Mengenakan pakaian ‘Elsa’, Bella hadir ke mahkamahTarik perhatian ramai

Hari ini merupakan giliran adik Bella iaitu kanak-kanak sindrom down yang dipercayai menjadi mangsa dera oleh pengasas rumah bonda beberapa tahun lalu. Perbicaraan tersebut merupakan sambungan dari perbicaraan yang ditangguhkan semalam setelah saksi pendakwaan ke-17, Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr Wan Asyikin Wan Azlan memaklumkan.

Beberapa kenyataan yang diberikan Bella sewaktu menerima rawatan. Hadir berbaju Elsa. Menerusi perkongsian aktivis, Mona Din, dia telah berkongsi momen bertemu dengan adik Bella di perkarangan mahkamah. Apa yang menarik perhatian adalah pakaian yang digayakan Bella berupa kostum persis Princes Elsa dalam filem Frozen. Dia juga terlihat ceria dan gembira apabila ramai bergambar dengannya.

Setahun berjuang akhirnya dapat bertemu Bella
Menurut Mona Din, dia segera berjumpa dengan Bella dan menyerahkan sepasang baju kurng berwarna pink serta memeluk ciumnya. Menurutnya lagi, dia begitu sebak sehingga tidak dapat menahan air mata ketika bertemu dengan Bella setelah setahun berjuang memastikan nasib remaja terbabit terbela. Semoga keadilan berpihak kepada Bella.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan mereka turut sama berasa terharu dan sempat memuji penampilan Bella yang hadir dengan wajah gembira. Mereka turut mendoakan agar urusan perbicaraan tersebut berjalan dengan lancar dan mereka yang telah berlaku kej4m dengan Bella menerima hukuman yang sewajarnya. “MasyaAllah, cantiknya princess Bella. Berseri-seri, bersih dan muka bercahaya. Semoga mendapat keadilan dan kemenangan berpihak pada Bella.”

“Semoga keadilan berpihak pada adik Bella.. sangat berbeza adik Bella sekarano.. nampak cerai makin berisi dan bersin. she deserves to be treated like a princess”. “Allahuakbar comeinya Bella. Alhamdulilah nampak sihat dan happy. Anak Syurga kesayangan ramai. Thx Hjh Mona Din share gambaq2 Bella. Kami semua sentiasa doakan buat mu anaknda Bella.” Sumber Ohmy media.

Leave a Reply

Your email address will not be published.