
Rindu pada insan yang telah pergi dari dunia seperti rindu yang tidak bernoktah. Lebih-lebih lagi ia melibatkan insan yang sangat dicintai.
Begitulah yang dikongsikan oleh pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu baru-baru ini.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi miliknya mendedahkan pertemuannya bersama seorang kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah persis Allahyarhamah isterinya, Siti Sarah Raisuddin.
Menerusi video tersebut, Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, sempat bergambar dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai adik Miza.
Turut menemani Shuib bersama dalam pertemuan itu adalah isterinya, Watie Hanifiah yang juga bergambar bersama kanak-kanak berkenaan.
“Rindu dan sayang,” tulis pelawak itu dalam hantarannya.
Dari riak wajahnya, pelawak berusia 39 tahun itu sangat gembira kerana dapat bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah seperti Allahyarhamah.
Sebelum ini, kanak-kanak tersebut juga telah diziarahi oleh Raisuddin Hamzah bersama isterinya baru-baru ini, maklum Sinar Harian.
Ia berikutan gadis berusia sembilan tahun itu tular di media sosial dengan wajahnya yang persis Allahyarhamah Siti Sarah.
Makan Di Kedai Kegemaran Allahyarhamah
Sebelum ini, Shuib turut berkongsikan dalam satu hantaran di platform tersebut berkaitan tempat makan yang digemari Allahyarhamah Siti Sarah.
Difahamkan beliau sempat berkunjung ke lokasi itu bersama Watie bagi mengimbau kenangan lalu.
Menurutnya, kedai itu sering menjadi lokasi pilihan makan tengah hari kegemaran bagi Allahyarhamah sejak 13 tahun lalu.
View this post on Instagram