Petaling Jaya – Selepas tujuh hari ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin berada dalam keadaan tertekan.
Peguam, Ilyani Khuszairy berkata demikian ketika sidang akhbar di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, bagi proses sambung reman pasangan berusia 28 tahun itu.
Bapa kanak-kanak ini berada dalam keadaan yang sangat tertekan, dia menangis ketika diajukan soalan dan sering mengatakan bahawa pembunuh sebenar ada di luar.
“Dia kelihatan sangat tertekan malah berharap kes ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya.
Beliau berharap, siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil agar keadilan terhadap Zayn Rayyan dapat dicapai.
Terdahulu, pasangan itu yang memakai baju lokap berwarna ungu, dibawa ke mahkamah pada jam 9.30 pagi, selepas tempoh reman tujuh hari bermula 1 Jun lalu, tamat pada Jumaat.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.Kredit : Sinar Harian