Video Pengakuan suami arwah yg rupanya ini punca awrah dibnuh kejam

created by photogrid

PASIR GUDANG – “Bukan bekas teman lelaki, dia hanya rakan berniaga,” tegas Mohd Yusof Mokhtar, 35, suami kepada Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang mayatnya ditemui tidak lengkap pada 31 Disember lalu.

Katanya, pihaknya berharap perkara itu dapat diperbetulkan kerana ia bakal mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap arwah isterinya itu.

“Pegawai polis di Ayer Keroh pun ada cakap dengan saya, jangan dengar pihak lain, kes ni saya (pegawai) yang siasat,” katanya.

Menurutnya, pegawai polis mengesahkan mereka berjumpa untuk bisnes dan bukan atas tujuan lain.

“Mungkin bila dia minta gelang emas isteri saya tapi tak dapat lalu berlaku pergelutan. Ada kesan pada tangan isteri saya,” katanya kepada Sinar Harian yang berkunjung ke rumahnya di Kota Masai, pada Isnin.

Sebelum ini, Cikgu Istiqomah yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, itu dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja sejak 26 Disember lalu.

Sehari kemudian polis mengesahkan menerima laporan kehilangannya dan pada 28 Disember lalu.

Pada 6 Januari 2024, media melaporkan menemui bahagian badan wanita dipercayai dibunuh dengan kejam apabila bahagian badannya ditemui disumbat dalam tong sampah dan dibuang dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 31 Disember 2023.

Bagaimanapun, pada 12 Ogos 2024, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah mengesahkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui dalam tong sampah pada 31 Disember lalu itu adalah milik Istiqomah.

Sumber : Sinar harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.