Suami Sifatkan Istiqomah Pemurah, Dedah hal ini

created by photogrid

Suami kepada Istiqomah Ahmad Rozi, 33, mengakui isterinya seorang yang suka membantu dan bersikap pemurah termasuk dalam kalangan rakan.

Mohd Yusoff Mokhtar, 35, berkata, isterinya pernah membuat pinjaman bank berjumlah RM19,400 dipercayai untuk dipinjamkan kepada rakan kenalan lelakinya itu pada September tahun lalu sebelum dia dilaporkan hilang.

Mohd Yusoff mendakwa suspek mengajak isterinya
menyertai satu perniagaan sebelum mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada individu terbabit.

“Kawannya itu tiba-tiba muncul sebelum Istiqomah yang terkenal dengan sikap pemurahnya membuat pinjaman bank dan menyerahkan sejumlah
RM19,400 kepada lelaki itu.

“Kemudian kawannya ada membuat bayaran balik sebanyak RM371 pada bulan berikutnya sebelum mengajak Istiqomah untuk berjumpa,” katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.

Jelasnya, pertemuan dengan kenalannya yang dikenali isteri sejak lapan tahun lalu ketika belajar di maktab perguruan dipercayai untuk mengajak Istiqomah menambah pelaburan, namun isteri menolak.

Ujarnya, ketika pertemuan tersebut, isterinya ada memakai seutas gelang tangan emas pemberian arwah neneknya yang dianggarkan bernilai
RM40,000.

“Sedih dan luluh hati saya bila dapat tahu isteri tersayang yang hilang sejak lapan bulan lalu ditemukan dalam keadaan menyayat hati dan tragis.
“Malah gelang tangan yang dipakai isteri turut hilang dalam kejadian itu,” katanya lagi.

Tambah Mohd Yusoff, dia tidak menyangka pembunuh sanggup bertindak kejam hingga menyebabkan tiga anak mereka berusia 4, 6 dan 9 tahun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.

Katanya, sehingga kini keluarga masih menunggu kebenaran pihak polis untuk menuntut jenazah Istigomah di Hospital Melaka sebelum dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

“Walaupun perit untuk diterima, namun saya reda dengan ketentuan Allah SWT dan berharap pelaku dapat dikenakan hukuman setimpal,” ujarnya lagi.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember
lalu adalah milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati
ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Menurutnya, risikan yang dijalankan pasukan polis
Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama Jabatan
Siasatan Jenayah Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah berjaya menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 36 dan 37 tahun.

Sumber : Sinar harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.