Berita kematian penyanyi, Allahyarham Nidza Afham telah mengejutkan negara selepas arwah dilaporkan hilang ketika berjogging.
Tinjauan OhBulan! mendapati penyanyi berusia 23 tahun pernah berkongsi hasratnya di platform Threads.
Menerusi hantaran pada tarikh 27 Ogos 2023 itu, Nidza mahu para pengikutnya menghadiahkan Surah Al-Fatihah kepadanya selepas dia menghembuskan nafas terakhir.
Sedekahkan Al-Fatihah bila saya sudah tiada.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet berasa sebak dengan permintaan arwah dan memanjatkan doa buatnya.
Sedihnya, walaupun ini post lama. Al-Fatihah untuk awak.
Hari ini kami semua sedekahkan Al-Fatihah buat kamu. Al-Fatihah, semoga kamu tenang di sana.
Al-Fatihah buat mu Nidza Afham, semoga roh mu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman
Terdahulu, penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.
Ada seorang lelaki beritahu dia sudah nampak mayat itu sekitar 3 petang (Rabu) tetapi tidak timbul sepenuhnya. Kemudian sekitar 5 petang nampak mayat sepenuhnya dan dia melaporkan kepada pihak polis.
Kata Irfa, dia sekeluarga masih tidak dapat memastikan punca sebenar kematian arwah Afham kerana apabila memeriksa telefon bimbit arwah, tiada sebarang unsur jenayah, hutang ataupun hal yang pelik-pelik.
Sehinggalah sekitar jam 7 malam Rabu, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham. Dalam nota di telefon bimbit pun hanya ada perancangan berkahwin dan belanjawan tapi dia belum ada tarikh kahwin.
Sekadar info, mayat dipercayai sudah berada di kawasan penemuan sejak lewat malam Selasa sebelum ditemui.
Sumber : Ohbulan
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.