Punca dari cemburv Tpi buat ramai sebak bila tahu Si suami masih simpan tubuh isteri

created by photogrid

Angkara cemburu, seorang lelaki menamatkan hayat isterinya sendiri tanpa belas kasihan di rumah sewa yang didiami mereka. Apa yang lebih menyedihkan, tubuh wanita malang itu hanya dijumpai selepas 7 hari disembunyikan secara rapi dalam bilik tidur.

Suspek bungkus isteri sebanyak 6 lapisan Selepas melakukan penganiayaan pada tanggal 6 Ogos, Sahir, 24, segera membungkus tubuh isterinya dengan 6 lapisan berbeza.

la dimulakan dengan helaian kain batik, cadar, selimut, telekung, plastik serta plastik sampah. Setiap lapisan itu kemudiannya ditaburi dengan serbuk kopi serta bahan pewangi bagi menutup bau busuk yang bakal terkeluar.

Pun begitu, taktik Sahir tidak berhasil bila mana bau busuk mula dihidu oleh saudara terdekat yang tinggal sebumbung. Meskipun sempat merancang mahu membawa keluar tubuh isterinya untuk dibuang ke
tempat lain, ia tidak sempat dilakukan kerana tubuh Zakilah ditemui pada malam 13 Ogos.

Sahir berkata, dia kekal menyimpan isterinya dalam bilik kerana masih ada rasa sayang. Bahkan sekiranya tidak tertangkap, dia mahu terus bersama dengan Zakilah meskipun isterinya sudah tidak hidup.

Akibat menjumpai mesej mesra Zakilah dengan lelaki lain, Sahir mula hilang sabar sehingga berlakunya pertengkaran. Amarahnya semakin meledak apabila Zakilah yang baru berusia 21 tahun mengaku sudah lakukan perbuatan tidak baik dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pasangan muda berkenaan mendirikan perkahwinan sejak tahun 2021.

Sumber : Kisahdunia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.