KUALA LUMPUR: Indah Water Konsortium (IWK) turut komited dalam membantu operasi mencari dan menyelamat seorang wanita mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam, berkata pihaknya akan terus membantu pasukan penyelamat dalam usaha mengesan mangsa Vijayakumar, 48, berasal dari Andhra Pradesh, India.
Selepas hampir 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, pasukan SAR hanya menemukan sepasang selipar milik mangsa berhampiran lokasi kejadian.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, selipar itu ditemukan terapung di kawasan kejadian yang telah dikorek pagi Jumaat.
“Pihak IWK akan membuka setiap lurang pembentungan di sepanjang tujuh kilometer (km) jajaran saluran pembentungan sehingga sampai ke loji rawatan kumbahan IWK di Pantai Dalam, di sini.
“Kita akan ke hilir dan buka setiap lurang pembentungan dan kita akan meneliti setiap lurang itu dan pihak kita sudah membuka lurang itu sejak tengah hari tadi (semalam) tetapi tidak menemui apa-apa.
“Sekiranya ada, mangsa berkemungkinan akan tersangkut pada ‘inter pump station’ namun setakat ini tiada apa-apa ditemui,” katanya di lokasi kejadian, tengah malam tadi.
Katanya, fizikal tubuh manusia mampu untuk dihanyutkan ke dalam saluran pembentungan kerana ia berkeluasan 1.5 meter dengan diameter lebih tiga meter.
“Saluran kumbahan ini adalah paip yang besar kerana ia menampung seluruh kumbahan sekitar Kuala Lumpur,” katanya.
Dalam kejadian sekitar jam 8.25 pagi semalam, mangsa sedang berjalan kaki dari arah Flat Selangor Mansion menuju ke arah Wisma Yakin, di Masjid India, tiba-tiba terjatuh selepas kejadian tanah jerlus berlaku.
Sumber : Bharian
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.