Baru sehari jaga bayi Fateh, 4Hari sblm ni org lain jaga elok, Masuk hari ke5 tukar org. Identiti pengasuh ni trb0ngkar

created by photogrid

ALOR GAJAH – Pengasuh wanita yang dipercayai membunuh bayi lelaki berusia lapan bulan dengan cara menekup mukanya dengan bantal di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Kelemak Jaya Utama di sini semalam diakui bermasalah dan mempunyai kes lampau sebelum ini.

Malah ibu kepada tiga anak yang berusia 34 tahun itu baru sehari menjaga bayi berkenaan yang dihantar ke taska itu sejak lima hari lalu dan dijaga pengasuh lain bermula Isnin sehingga Khamis lalu.

Bapa bayi berkenaan, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, berkata, maklumat itu hanya diketahui selepas dia mendesak pengurus taska berkenaan menceritakan kejadian sebenar menimpa anak sulungnya, Muhammad Al Fateh Amri yang berusia lapan bulan.

“Mula-mula dapat menerima panggilan telefon pukul 9 pagi, isteri, Sabrina Hakiem Zaini beritahu dia dimaklumkan anak mungkin jatuh tapi itu pun dia tiada kepastian.

“Bila saya sampai dari tempat bertugas di Kem Perdana, Sungai Besi Kuala Lumpur, saya desak pengurus taska supaya menceritakan hal sebenar.

“Selepas itu barulah dia akui memang pengasuh yang menjaga anak saya itu ada masalah dan pernah buat kes sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.

Mohd Fikry berkata, sepanjang lima hari menghantar anaknya itu yang ditunggu selama 13 tahun selepas 14 tahun usia perkahwinannya, bayinya dijaga oleh pengasuh lain.

“Isnin sampai Khamis memang orang lain yang jaga anak dan pada hari kejadian si pelaku (suspek) menggantikan pengasuh asal yang bercuti.

“Anak saya memang lasak kerana baru pandai merangkak dan bila saya lihat sistem kamera litar tertutup (CCTV) taska ketika kejadian sekitar 8 pagi, mungkin dia tak suka keadaan itu dan bedung anak,” katanya.

Malam tadi, polis mengesahkan pengasuh terbabit sudah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Taska berkenaan kira-kira 3.30 petang semalam.

Sumber : MG

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.