ALOR GAJAH – Pengasuh wanita yang didakwa mengakibatkan kematian bayi lelaki lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri akan didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini pada Jumaat.
Suspek berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek yang bekerja di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) Taman Kelemak Utama dan memakai jubah dan tudung hitam tiba di Kompleks Mahkamah Majsitret Alor Gajah diiringi anggota polis kira-kira jam 9.40 pagi.
PENGASUH Muhamad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri, bayi lelaki lapan bulan yang meninggal dunia di sebuah taska di Taman Klemak Utama pada Jumaat lalu menangis teresak-esak selepas didakwa atas pertuduhan membunuh.
Tertuduh Nor Afifah Abdullah Shuhaimi, 34, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Dr. Teoh Shu Yee.
Video oleh NURDIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Sumber : kosmo
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.