Lama mnyepi, Ibu zayn tiba2 muatNaik buat si pmfltnah

created by photogrid

Ibu kepada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat dibunuh 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan Abdul Mateen iaitu Ismanira Abdul Manaf berkongsi luahan hatinya selepas sekian lama menyepi di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ismanira di laman TikToknya, dia meminta kepada pemfitnah untuk bersedia menerima balasan daripada Tuhan atas segala tuduhan tidak benar terhadap dirinya berhubung kematian anaknya selama ini.

Wahai pelaku, penganiaya, mahupun pemfitnah sekalian. Sesungguhnya sudah aku adukan denganku, tapi dengan penciptaku, Allah SWT. Perlakuan dan perkataanmu menembus hati, semoga doa-doaku menembus langit. Kalau kamu sudah hebat untuk menyakiti hati orang lain, berarti kamu sudah cukup kuat untuk menerima balasan dari-Nya.
– izzmanaf

Ujarnya, dia akui terkesan dengan semua fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kini hanya bergantung segalanya kepada Tuhan.

“Wahai pelaku, penganiaya, mahupun pemfitnah sekalian.

“Sesungguhnya sudah aku adukan semuanya kepada penciptaku, sekarang urusanmu bukan lagi denganku tapi dengan penciptaku, Allah SWT.

“Perlakuan dan perkataanmu menembus hati, semoga doa-doaku menembus langit.

“Kalau kamu sudah hebat untuk menyakiti hati orang lain, berarti kamu sudah cukup kuat untuk menerima balasan dari-Nya,” katanya.

Dalam perkongsian lain, Ismanira mendoakan agar pelaku sebenar keluar dari tempat persembunyian, menyerah dan mengaku salah atas jenayah yang dilakukan terhadap Zayn Rayyan.

Ya Allah, dengan sesungguhnya dan dengan rendah hati, di hari jumaat yang mulia ini, aku mohon keadilan buat anakku Zayn Rayyan Bin Zaim Ikhwan di dunia ini juga Ya Allah, kasihanilah anakku Zayn Rayyan atas apa yang telah menimpanya. Kau kelvarkanlah si pelaku dari tempat persembunyiannya, kau buatlah si pelaku menyerah diri dan mengaku bersalah, hadapkanlah si pelaku ke muka pengadilan, semoga si pelaku menerima hukuman di dunia ini juga atas apa yang telah dia lakukan ke atas anakku Ya Allah Aamiinx3 Ya Rabb Ya Mujib – izzmanaf.

Terdahulu, Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, pada pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Screenshot

Untuk makluman, mayat Zayn Rayyan ditemui tidak bernyawa dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman pada 6 Disember lalu selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Sumber : Ohmy medi

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.