Dungun: Pemandu wanita yang menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, 9 Oktober lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.
Tertuduh, Norizan Ismail ,49, berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan dih adapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Jalan Pantai berhadapan UiTM di sini, jam 7.35 malam pada 9 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan
Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bharu dan menetapkan 7 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azizan Abdullah dan Nur AzhaniAzman manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin.
Selain itu, tertuduh yang juga ibu kepada tiga anak itu akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Media sebelum ini melaporkan tiga penuntut UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan.
Dalam kejadian itu, tiga penuntut itu meninggal dunia d ilokasi kejadian manakala rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20, cedera pada anggota badan.
Sumber : Hmetro
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.