Kesabaran selama 7 tahun menanti zuriat akhirnya di balas oleh Allah S.W.T dengan kehadiran seorang cahaya mata yang melengkapkan lagi keluarga kecil adik kepada pengguna Facebook dikenali sebagai Shahirah Nadiah.
Terlibat kemalangan ke tempat kerja
Walau bagaimanapun, baru 8 bulan menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu, ternyata Muhammad Isma Azwa telah dijemput Ilahi selepas meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh Shahirah, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dan vespa kira-kira jam 8 pagi di Changi Beach Park, Singapore.
Mohon pulangkan telefon, banyak kenangan sepanjang 7 tahun menanti zuriat
Dalam pada itu, pengguna Facebook berkenaan meminta orang ramai untuk menularkan perkongsiannya supaya dapat membantu mendapatkan semula telefon bimbit adik iparnya yang hilang sewaktu kemalangan tersebut.
Ujarnya, telefon berkenaan sangat penting memandangkan terdapat pelbagai perkara penting termasuklah kenangan sepanjang 7 tahun menanti zuriat di dalamnya.
“Minta jasa baik semua untuk viralkan posting ni kerana isterinya perlukan handphone untuk urusan nazar dan lain-lain. Allahyarham meninggalkan baby yg masih kecil berusia 8 bulan selepas 7 tahun menanti cahaya mata. Kesemua nota, gambar, kenangan dll di dalam handphone tersebut,” tulisnya.
Dia juga memohon agar mereka yang terambil telefon terbabit mengasihani adiknya, Norshahirah Nabihah Mohammad Azan, 33 yang kehilangan suami lebih-lebih lagi mereka baru sahaja menimang cahaya mata.
ADVERTISEMENT
Mereka sekeluarga turut menawarkan ganjaran kepada mana-mana pihak yang memulangkan semula telefon terbabit dan sudahpun membuat laporan polis untuk mengesan keberadaan telefon berkenaan.
“Mohon kasihani & permudahkan urusan kami sekeluarga. Jika sesiapa terjumpa boleh hubungi isteri arwah Nabihah 0197665773, kakak 0199877708 atau kakak 0139696212.
“Kami bayar ganjaran cash kepada sesiapa yang pulangkan handphone tersebut atau jika terambil tak mengapa, boleh hubungi nombor kami. Lokasi masih di sekitar tempat kemalangan tadi.
“Laporan polis sudah dibuat, polis juga tengah berusaha mencari. Kenalan Allahyarham juga tolong mencari di kawasan sekitar tadi,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada warganet yang rata-rata mendoakan supaya urusan keluarga allahyarham dipermudah.
Mereka juga mengucapkan salam takziah diatas pemergian Muhammad Isma Azwa dan berharap agar isteri, anak dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan serta ketabahan.
Sumber : ohmy media
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.