Salam Takziah ,video p’jalanan T’akhir Utk arwah Adik Alisa Umairah,Elly Mazlein Mnangis

Penyanyi dan penyampai radio Era, Elly Mazlein tidak dapat dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika melihat wajah arwah adik Alisa Umairah buat kali terakhir.

Ciuman terakhir. Menerusi perkongsian video di Instagram Era memperlihatkan Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina mencium wajah adik Alisa,

“Wajah arwah adik Alisa cantik. Adik Alisa dah sihat dan berlari kat taman syurga. Berehat ya adik Alisa. Kami rakyat Malaysia akan sentiasa doakan awak! Mama Lina sayang awak,’ tulis di perkongsian itu.

Rata-rata netizen turut sebak melihat momen tersebut dan menganggap arwah adik Alisa kini sudah sihat dan sedang bermain-main di syurga:

“Allahuakbar, awak dah tak sakit dah dik. Awak dah dapat tiket masuk syurga seusia ini, tunggu ahli keluarga awak nanti di depan pintu syurga ya dik. Tenangnya muka Alisa,

“Allah, malam tadi dah menangis, pagi ni menangis lagi. Selamat berehat di taman syurga ya adik Alisa bidadari
syurga.

“Bermain-mainlah di syurga ya dik. Kat sana tak sakit
dah, kat sana boleh melihat semula,” komen beberapa
netizen.

Adik Alisa Umairah yang baru-baru ini tular kerana
menghidap penyakit kanser mata tahap 4 disahkan telah
meninggal dunia pada malam Rabu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh radio Era menerusi satu
hantaran di laman Instagram mereka.

Sebelum ini, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein turut hadir turun padang bagi menunggu perkembangan adik Alisa Umairah yang berada di ICU.

Alisa juga dilaporkan dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung pada alat pernafasan,

Terdahulu, tularnya kisah mengenai adik Alisa yang bebas dari kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh ‘cycle’ kimoterapi.

Sumber : gempak

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.