Salam Takziah.Identiti mangsa lemas semalm sertai Team building JKR di kenal pasti.punca Utama tragedy didedahkan 3 mangsa juga berjawatan tinggi.

created by photogrid

Malang tidak berbau. Keterujaan 21 orang petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) yang melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Gopeng, Perak semalam akhirnya berubah menjadi air mata kedukaan.

Salah satu bot yang dinaiki oleh 6 daripada mereka dikatakan terbalik secara tiba-tiba sebelum 3 daripadanya disahkan pergi buat selamanya.

1. Suhali Mad Saat, 47- Jurutera Daerah Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang

2. Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37 – Penolong
Jurutera Kanan JKR Langkawi

3. Muhammad Ikram Abdul Bari, 29 – Pegawai
Khidmat Pelanggan JKR Langkawi

21 petugas JKR Langkawi& Pulau Pinang sertai kursus team building

Difahamkan, 21 petugas tersebut sebenarnya hadir daripada 2 organisasi JKR berlainan lokasi. 7 orang daripada JKR Langkawi, manakala 14 orang lagi adalah daripada JKR SPT Pulau Pinang.

Siapa menduga, kursus team building yang disertai merekakini bakal menjadi kenangan hitam yang pastinya bersemadi dalam ingatan.

Kejadian sama pernah jadi pada tahun 2019 dan 2021

Penduduk setempat pula mendedahkan, itu bukanlah kejadian pertama yang berlaku di sungai berkenaan.

Sewaktu hujan lebat, mereka sendiri tidak berani menuruni kawasan sungai. Namun kata mereka, terkadang aktiviti berakit itu masih dijalankan meskipun keadaan sungai berada pada paras merisaukan.

Sumber : kisah dunia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.