Rupanya itu permintaan terakhir Naura, Reaksi bapa buat ramai sebak

created by photogrid

Kuala Lumpur: Permintaan Nur Naura Nathifa Muhd El-Khuwailid, 7, untuk diambil gambar rupanya menjadi petanda dan kenangan terakhir apabila kanak-kanak itu maut dalam kemalangan Jumaat lalu.

Bapa, Mohd El-Khuwailid Rahim, 38, berkata pada malam kejadian Nur Naura Nathifa yang tidak gemar bergambar malah perlu dipujuk secara tiba-tiba mengemukakan permintaan itu.

Menurutnya, Nur Naura Nathifa adalah seorang anak yang ceria, mendengar kata serta menjadi pengubat duka dan penghibur hati malah sangat disenangi di sekolah.

“Ketika kejadian saya bersama isteri (Hidayatul Izzah Ghazali) dan Naura (Nur Naura Nathifa) dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan di pusat beli belah berdekatan.

“Kejadian berlaku sekelip mata. Saya tidak menyedari apa sebenarnya berlaku namun sebaik dilanggar kereta BMW itu, motosikal dinaiki terbabas ke sebelah kiri jalan menyebabkan kami tiga beranak terjatuh.

“Saya tak fikir tentang diri sendiri masa itu, sebaliknya segera mendapatkan anak dan isteri.

Screenshot

“Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu, Bayangkan tidak sampai beberapa detik saya keluar makan bersama dia dan isteri, sempat bergurau senda dan tiba-tiba saya memangkunya dalam keadaan tidak lagi bermaya.

“Kejadian ini memberikan kesan besar terhadap diri dan isteri kerana kehilangan anak tunggal kami dan satu-satunya permata yang kami sayang dan cintai, namun kini semua itu hanya tinggal kenangan,” katanya yang bekerja sebagai kerani bank.

Screenshot

Nur Naura Nathifa maut selepas mengalami kecederaan parah apabila motosikal yang ditunggang bersama ibu dan bapanya dirempuh lelaki yang memandu kereta BMW dalam kejadian di Lebuhraya Bukit Jalil, di sini, dalam kejadian Jumaat lalu.

Sumber : Harian metro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.