Mohon batalkn pertudvhan pengabaian, Tlndakn ibubapa zayn rayan jadi perhatian

PETALING JAYA – Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang berdepan satu pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak autisme itu telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa minggu lalu.

Peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf berkata, pembelaan memohon AGC menyemak semula kes bagi menarik balik atau membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

“Representasi itu dikemukakan pada 19 November lalu dan kita berharap ia ditarik balik atau dibatalkan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 6 Disember depan untuk perkembangan representasi tersebut, selepas pembelaan memberitahu akan menghantar representasi untuk menyemak kes terbabit dalam tempoh terdekat.

Pada 13 Jun lalu, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga keesokannya pada jam 9.55 malam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SEBELUM INI, Pihak pembelaan memaklumkan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai anak, Zayn Rayyan yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.

Memetik laporan Sinar Harian, peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, ia termasuk permohonan supaya Jabatan Peguam Negara (AGC) menyemak semua kes tersebut.
Selepas meneliti semua dokumen daripada pihak pendakwaan, kami akan hantar dokumen berkaitan kepada AGC dalam masa terdekat.

Susulan itu, saya harap mahkamah menetapkan tarikh lain untuk keputusan representasi, sebelum perbicaraan kes bermula.

Hakim, Dr Syahliza Warnoh kemudian menetapkan 6 Disember depan untuk keputusan representasi terbabit.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datin Kalmizah Salleh, sebanyak tiga salinan dokumen termasuk laporan syarikat telekomunikasi, forensik telefon bimbit dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Jadi saya mohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan yang mana kami akan memanggil seramai 15 saksi untuk memberi keterangan.

Sementara memetik laporan Utusan, Fahmi mendakwa selain diugut ketika ditahan reman berkaitan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, ibu bapa Zayn Rayyan turut berdepan pelbagai tekanan dan manipulasi dalam usaha mendapatkan pengakuan bersalah mereka.

Laporan terhadap siapa, kami tidak boleh dedahkan di sini kerana ia akan didedahkan pada perbicaraan nanti. Cuma kami harap siasatan dibuat bagi memastikan perkara (yang didakwa) itu selain untuk membersihkan nama anak guam kami.

Hingga kini kedua-duanya tidak dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan. Laporan telah dibuat dan mereka juga telah mendedahkan nama pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini.

Jelasnya lagi, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka namun hingga kini tiada maklumat yang diterima berkaitan perkembangan siasatan.

Sumber : sinar harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.